Perundingan Perancangan Kewangan Dan Harta Islam

Kewangan dan kehidupan merupakan satu pasangan yang tidak dapat dipisahkan pada masa kini. Dalam menjalani aktiviti hidupan seharian, kewangan merupakan satu faktor yang penting dalam memastikan kehidupan sentiasa dalam keadaan selesa dan sempurna. Hakikatnya, apa yang lebih penting adalah bagaimana cara seseorang itu merancang kewangan mereka daripada berapa banyak jumlah pendapatan mereka.

Corak kehidupan pada hari ini yang dipengaruhi pelbagai kemewahan tidak mampu untuk menjamin seseorang itu berjaya dalam menguruskan kewangan mereka dengan sempurna. Senario berbelanja yang menyeronokkan kadang kala menjadikan kita lalai dan tidak mampu mengawal perbelanjaan sehingga sanggup berhutang. Apabila seseorang itu gagal dalam menguruskan kewangan, mereka juga akan terperangkap dalam kancah  hutang, akhirnya masalah kewangan akan menjadi lebih rumit dan hutang semakin bertambah.

Perancangan Kewangan dan harta yang teratur adalah bilamana seseorang itu mengetahui kedudukan kewangan semasa dan melakarkan peta kewangan yang menunjukkan matlamat dan komitmen kewangan masa hadapan. Khidmat perundingan perancangan kewangan dan harta Islam merangkumi:

proses

Top