Kubah Kehidupan

Mereka  yang tidak menguruskan kewangan mereka secara efektif akan mengalami stres dan ini akan menganggu prestasi kerja mereka. Pengetahuan mengenai perancang kewangan adalah penting dalam membantu mereka menguruskan kewangan dengan sebaiknya.

Bijak Mengurus Wang dari perspektif Islam  adalah bertujuan untuk membantu individu mencapai kehidupan yang baik (hayaatan tayyibah; Surah An Nahl: ayat 97). Perancangan Kewangan yang teratur dapat merangka aliran wang tunai yang sihat untuk individu  serta keluarga mencapai matlamat kewangan dalam kehidupan mereka. Kaedah  7 P  yang terdapat dalam modul perancangan kewangan Islam yang diolah oleh Hijrah yang dikenali sebagai ”Kubah Kehidupan” mempermudahkan lagi proses proses tersebut:

Kubah

  • P1 – Pendapatan dan Perbelanjaan
  • P2 – Pengurusan hutang
  • P3 – Penyucian harta
  • P4 – Perlindungan
  • P5 – Pelaburan
  • P6 – Persaraan
  • P7 – Pengagihan harta

Ianya juga melengkapkan individu memahami kepentingan sumber yang halal untuk mendapatkan keberkatan, mengenal pasti matlamat-matlamat kewangan tertentu, cara pencapaiannya, mengelakan diri dari kesilapan kewangan, kaedah penyelesaian   hutang, mempunyai simpanan untuk digunakan semasa kecemasan, perlindungan untuk menangani risiko dan mempunyai pelaburan untuk masa hadapan dan mengetahui selok belok pengagihan harta apabila terjadi kematian.

“…Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur…”

Top