Seminar Perancangan Kewangan Dan Harta Islam

Memetik  kata-kata dari buku “Increase your Financial IQ” hasil nukilan penulis kewangan terkenal dunia, Robert T. Kiyosaki, keluaran Mac 2008, “Financial intelligence solves money problems“ atau “kemahiran kewangan boleh mengatasi permasalahan kewangan” maka sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia  mendalami selok belok dunia kewangan supaya dapat mengatasi rintangan rintangan yang bakal dihadapi kelak. Pengurusan kewangan  tidak boleh lagi dipandang remeh.

Sebagai persediaan menghadapi kesan dan impak negatif krisis kepada diri, keluarga dan masyarakat, beberapa strategi harus dirangka. Ilmu pengurusan kewangan efektif inilah yang kami harap dapat dikongsi bersama. Dengan melengkapi ilmu perancangan kewangan efektif kepada semua peserta  insyaAllah diharapkan  ilmu dan kemahiran kehidupan yang sangat praktikal dan dapat diterapkan dalam menjalani kehidupan harian mereka. Jika aspek kewangan  peserta tersusun dan teratur, besar kemungkinan ini juga boleh meningkatkan tahap produktiviti mereka.

Masalah kewangan merupakan salah satu sebab utama stres dalam kakitangan dan lebih teruk lagi, ianya juga merupakan satu punca utama perceraian di negara kita. Ilmu pengurusan kewangan jarang didapati di institusi institusi pengajian tinggi malah ramai dikalangan mereka yang memiliki ijazah PHD tidak didedahkan kepada ilmu kemahiran hidup yang penting ini.

Isi kandungan seminar adalah seperti berikut:

Masa Acara
8.30am-9.00am Pendaftaran Peserta
9.00am-10.00am

SLOT 1: Pengurusan kewangan Islam

  1. Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Syariah
  2. Kubah Kehidupan
  3. Senarai Semak Kewangan
10.00am-10.30am

SLOT 2: Pengiraan

  1. Analisa Pendapatan & Perbelanjaan
  2. Nisbah Kekayaan
  3. Nisbah Hutang
  4. Tip Pengurusan Perbelanjaan
10.30-11.00am Kudapan
11.00am-12.00pm

SLOT 3: Persaraan Yang Tenang

  1. Penetapan Matlamat Kewangan
  2. Perancangan Pelaburan
12.30pm-2.00pm Makan Tengahari dan Solat Zuhur
2.00pm-3.30pm

SLOT 4: Kehidupan Yang Tenang

  1. Perancangan Pelan Penggantian Pendapatan
3.30pm-4.00pm Kudapan
4.00pm-5.00pm

SLOT 5: Kehidupan Akhirat Yang Tenang

  1. Pengurusan dan Perancangan Harta dan Warisan
5.00pm Bersurai
Top