Tentang Kami

Bermula dengan HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 kini syarikat baru ditubuhkan pada 2007- HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd ( HIJRAH ) tampil meneruskan misi menyampaikan khidmat nasihat perancangan kewangan islam kepada semua.

about-1

Pengurusan kewangan menjadi satu Kemahiran hidup yang diperlukan di zaman sekarang di mana terdapat pelbagai permasaalahan kewangan tercetus akibat ketidakfahaman masyarakat tentang instrumen kewangan  yang ada di pasaran. Tanpa kemahiran pengurusan kewangan masyarakat akan terus pincang dan kehidupan kewangan mereka tidak akan ada matlamat.

Ilmu ini boleh disampaikan kepada masyarakat umum melalui beberapa saluran, seminar, radio televisyen mahupun media cetak. Semua pihak harus mengambil peranan dan HIJRAH tampil untuk melengkapkan ilmu ini diseluruh lapisan masyarakat di Malaysia.

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.  (Surah An-Nahl:97)

Bermula dengan HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd  yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 kini syarikat baru ditubuhkan pada 2007- HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd ( HIJRAH ) tampil meneruskan misi menyampaikan khidmat nasihat perancangan kewangan islam kepada semua. Bertujuan memenuhi permintaan terhadap minat dan kesedaran dikalangan umat Islam tentang kesyumulan hidup secara Islam dalam aspek bermuamalah serta melanggani instrumen-instrumen kewangan Islam.

Teras utama adalah memberi perkhidmatan perundingan secara holistik dalam bidang perancangan kewangan Islam. HIJRAH adalah pelopor dalam Perancangan Kewangan Islam yang menghasilkan  Program “Sijil Perancangan Kewangan Islam” (Islamic Financial Planning Certificate – IFPC ) yang telah diiktiraf oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). IFPC adalah Modul Perancangan Kewangan Islam yang pertama bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

HIJRAH akan terus mengendalikan seminar serta taklimat dalam bidang pengurusan kewangan Islam demi membantu orang ramai meningkatkan tahap celek kewangan mereka dan mengelakkan mereka dari terpedaya dengan skim skim cepat kaya.

HIJRAH telah mendapat tempat dalam media masa elektronik dan cetak tempatan melalui ruangan mingguan di radio KLfm serta bulanan di radio IKIM.fm dan temuduga dalam TV3 , RTM serta ASTRO dan majalah wanita ANIS, majalah SOLUSI serta di akhbar Berita Harian dan Harian Metro.

Top